Monday 10 September 2012

Eksperimen Sains : Gendang Tangan




Penerangan ringkas / mengenai eksperimen ini

‘Gendang tangan’ merupakan alat muzik yang mempunyai
silinder berongga dengan lapisan membran yang tegang di permukaannya.




Bahan-bahan:

Kayu pencucuk
Kertas keras
Gam PVA
Pita pelekat
Kertas pembalut hadiah
Plastik pembalut hamper
Benang
Manik
Air


Cara-cara:
    1. Bengkokkan kertas keras untuk membuat bentuk bulat dan lekatkan dihujungnya dengan menggunakan pita pelekat. Pastikan hujung kertas keras itu dilekatkan dengan betul supaya bentuknya tidak berubah.





            2. Seterusnya, rendamkan pembalut hamper ke dalam air selama 3 minit. Kemudian, keringkan pembalut hamper tersebut.


    3. Tutup lubang di kedua belah kertas keras dengan plastik pembalut
hamper yang telah kering. Gamkan dengan gam PVA supaya ia
melekat dengan tegang diatas kertas keras tersebut.


      





    4. Selepas gam kering, tebuk lubang ditengah-tengah kertas keras
tersebut dengan menggunakan kayu pencucuk. Ia akan menjadi seperti
sebuah ‘lollipop’. Gamkan kayu pencucuk  supaya ia tidak
bergerak.




    5. Ambil sebiji manik dan seutas benang. Masukkan benang ke dalam
manik dan simpulkan dikedua-dua hujungnya. Ulang langkah 5 untuk
manik yang kedua.



6.   Lekatkan kedua-dua set manik dan benang itu ditepi kertas keras yang berbentuk ‘lollipop’ tadi. 

7.  Sebagai hiasan,  ambil pembalut hadiah dan balutkan kertas keras tersebut.






















    8. Akhir sekali, pegang ‘lollipop’ itu dan pusingkannya. Ia akan menghasilkan bunyi seperti dram kecil.






Apa Yang Berlaku?
Manik-manik yang memukul membrane akan menghasilkan getaran dan ini menyebabkan bunyi terhasil.
Semakin kuat gendang dipukul, semakin kuat bunyi yang akan terhasil.

No comments:

Post a Comment