Monday 10 September 2012

Eksperimen Sains : Bedak Sejuk


Bedak Sejuk 
Serbuk beras telah diguna bergenerasi lamanya di Asia untuk tujuan kosmetik.  Ia murah, selamat dan mudah dibuat.  Faedahnya tidak terhingga!


Bahan-bahan
·         Beras hancur kualiti tinggi
·         Air
·         Tapis
·         Dulang besar
·         Daun pandan yang dihiris
·         Corong kain atau picagari pakai buang 



Cara-cara
1. Bersihkan beras dan rendam dalam air selama tiga bulan (atau sehingga ia hancur dan larut) dalam bekas bersih.  Tutup bekas dengan jaringan dawai supaya tidak dimasuk serangga dan mendapat pengudaraan yang mencukupi.
2. Tapis beras, bersihkan bekas dan tukarkan air setiap 2 minggu supaya tidak berbau.
3. Selepas 3 bulan, bentuk manik kecil dengan pes beras yang terhasil. Ini dilakukan dengan mengisi picagari pakai buang atau corong kain dengan pes beras dan titisan kecil dibuat atas dulang bersih. Keringkan di bawah matahari selama 2 hari.
4. Simpan dalam bekas bersih dengan daun pandan(Nama saintifik: Pandanus amaryllifolius) yang dihiris.

Soalan:
Mengapa bedak sejuk mewujudkan kesan pendinginan?


Apa Yang Berlaku
1. Beras, juga dikenali sebagai Oryza sativa (beras Asia), adalah makanan utama yang paling penting bagi kebanyakan orang di dunia.

2. Ia mengandungi PABA (para aminobenzoic asid) pada kepekatan yang tinggi di mana ia adalah pelindung matahari yang sangat baik.

3. Beras juga mengandungi dua lagi ejen pelindung matahari, asid ferulik dan alantoin.
  1. Asid ferulik adalah antipengoksida.
  2. Allantoin adalah agen anti-radang. Ia melegakan selaran matahari dan juga menggalakkan pemulihan kulit. Apabila digunakan sebagai pes pada kulit, ia boleh menghalang enzim yang mengawal pengeluaran melanin (menentukan warna kulit) dari terhasil.
4. Kesan pendinginan yang dirasa apabila bedak sejuk disapu pada kulit
    adalah disebabkan penyejatan air daripada kulit. Beberapa komponen lain
    yang dijumpai dalam beras juga bermanfaat dari segi kosmetik.


Cara mengguna bedak sejuk

Larutkan beberapa biji bedak sejuk dengan sedikit air atas tapak tangan.  Sapu pada muka atau badan anda. Ia terbaik jika digunakan pada hari-hari yang panas dan lembap selain pada hari yang sejuk.  Elak dari tersentuh mata.

No comments:

Post a Comment