Bolehkah anda mempercayai mata anda?
Minda kita mentafsir apa yang dilihat oleh mata. Dalam kes-kes tertentu, penglihatan dan pengalaman dari masa lampau turut mempengaruhi bagaimana kita mentafsir apa yang dilihat. Tahukah anda apabila realiti dan keadaan sebenar tidak sama dengan tafsiran visual, maka anda telah mengalami ilusi optik?
Kami kongsikan di sini imej-imej ilusi optik yang popular....
Apa yang perlu dibuat?
Perhatikan pada garisan-garisan putih di bawah. Dapatkan anda lihat bintik-bintik hitam di dalam bulatan-bulatan putih?
Apa yang berlaku?
Anda akan dapat lihat bintik-bintik hitam berkerlipan. Keadaan ini berlaku kerana minda anda terkeliru antara bahagian yang cerah dan gelap dalam imej ini. Disebabkan itu minda anda telah mentafsirkan terdapat bintik-bintik hitam di dalam bulatan-bulatan putih.
Keliru bukan?
Apa yang perlu dibuat?
Perhatikan imej di bawah. Bintik jingga manakah kelihatan lebih besar?
Apa yang berlaku?
Sebenarnya, kedua-dua bintik jingga di atas adalah daripada saiz yang sama. Untuk menentukan saiz, minda kita akan membandingkan objek tersebut dengan persekitarannya. Ini secara lansung telah menyebabkan bintik jingga yang dikelilingi oleh bintik-bintik kecil kelihatan lebih besar daripada bintik jingga yang dikelilingi oleh bintik-bintik yang lebih besar.
Apa yang perlu dibuat?
Perhatikan imej di bawah. Apakah yang dapat anda lihat?
Apa yang berlaku?
Ini adalah hasil daripada imej yang samar atau tidak pasti - boleh dilihat dari pelbagai sudut dan memberikan pelbagai tafsiran. Dapatkah anda melihat pasu bunga dan dua wajah manusia?
Apa yang perlu dibuat?
Perhatikan imej di bawah?
Dapatkah anda lihat bulatan-bulatan di atas kelihatan seperti berputar?
Apa yang berlaku?
Ini pula adalah ilusi optik yang menyebabkan bulatan-bulatan di atas seperti sedang berputar. Corak dan pencahayaan telah meransang sel-sel di minda yang mengesan pergerakan dan menyebabkan minda mentafsir ia sebagai sedang berputar.
Cuba yang ini pula!
Letakkan jari telunjuk anda secara menegak lebih 10cm dari hidung anda.
Tutup kelopak mata kiri anda. Kemudian buka kelopak mata kiri, dan tutup kelopak mata kanan.
Apa yang dapat anda perhatikan?
Apa yang berlaku?
Jari telunjuk anda telah berjaya melompat tanpa anda menggerakkannya!
Ini kerana mata kanan akan lebih melihat ke kanan, manakala mata kiri akan lebih melihat ke kiri.
Minda anda pula bertindak dengan menghasilkan imej 3D daripada imej yang dilihat dari kedua-dua belah mata. Ini adalah untuk membantu dalam menganggarkan saiz dan jarak sesuatu objek.
Recommended Science Kit
Price : RM 62.90
Available at XPLORASI - Petrosains Gift Shop, Leve4, Suria KLCC
No comments:
Post a Comment