Haiwan
dan manusia memerlukan oksigen untuk hidup manakala tumbuhan memerlukan karbon
dioksida untuk menghasilkan makanan melalui proses fotosintesis. Ada laporan yang mengatakan bahawa jika karbon
dioksida dilepaskan ke atmosfera dengan jumlah yang terlalu banyak, ia berkemungkinan
besar akan mengakibatkan masalah alam sekitar yang teruk. Apakah
agaknya yang akan berlaku jika tumbuhan tidak mencukupi untuk menggunakan gas karbon
dioksida yang banyak?
Bahan-bahan
·
Botol
plastic 350 ml (atau lebih kecil) (2)
·
Panadol
Soluble®
·
Air
·
Belon
Cara-cara
1. Masukkan dua tablet
Panadol Soluble® ke dalam botol plastik yang mengandungi 50 ml air.
2. Tutup mulut botol
dengan belon.
3. Alihkan gas yang
terkumpul di dalam belon ke botol kedua dengan melepaskan gas dari belon.
4. Terbalikkan botol
dan masukkan mancis yang menyala ke dalamnya.
Perhatikan apa yang berlaku.
Soalan:
· Adakah
kita akan lemas jika udara mengandungi terlalu banyak gas karbon dioksida?
· Mengapakah
botol di terbalikkan?
· Semasa
tindakbalas berlaku, bahagian bawah botol terasa panas atau sejuk bila
disentuh?
Apa Yang Berlaku
1. Kedua-dua tablet
bertindak dengan air dan menghasilkan gas yang akan mengembangkan belon. Pada masa yang sama, botol berubah menjadi
sejuk.
2. Tindakbalas
endotermik menyerap tenaga haba. Ini
akan menyebabkan kawasan sekeliling
kehilangan haba dan mengakibatkan botol menjadi sejuk.
3. Apabila mancis
menyala dimasukkan ke dalam botol yang diterbalikkan, api dipadamkan dengan
perlahan.
4. Panadol Soluble®
mengandungi asid sitrik (C6H8O7) dan natrium
bikarbonat (NaHCO3).
5. Ketika tablet
melarut dalam air, bes (bikarbonat) dan asid (asid sitrik) bertindakbalas untuk menghasilkan gas karbon dioksida. Gas tersebut tidak membantu pembakaran.
No comments:
Post a Comment