Tuesday 18 September 2012

Eksperimen Sains: Meja dari penyedut minuman





Aktiviti Meja Dari Penyedut Minuman merupakan aktiviti yang memberi kefahaman tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan sesuatu objek. Konsep kestabilan ini boleh dipelajari  melalui aktiviti membina sebuah meja menggunakan penyedut minuman.

Aktiviti ini juga merupakan satu cabaran di mana bahan-bahan yang disediakan adalah terhad. 



Bahan-bahan:

10 klip kertas
10 penyedut minuman
Gunting
30cm pita pelekat
Beban




Cara-cara:

1.      Perhatikan rajah di atas dan jawab soalan berikut:-


                    1.1 Pada pandangan anda, meja manakah yang lebih stabil?
        1.2 Pada pandangan anda, kenapa meja A lebih stabil daripada meja B?
        1.3 Pada pandangan anda, kenapa meja B kurang stabil daripada meja A?
                    1.4 Apakah perbezaan antara kedua meja tersebut?




2.      Perhatikan rajah di atas pula dan jawab soalan berikut:-
                   2.1 Pada pandangan anda, meja manakah yang lebih stabil?
       2.2 Pada pandangan anda, kenapa meja A lebih stabil daripada meja B?
       2.3 Pada pandangan anda, kenapa meja B kurang stabil daripada meja A?
                   2.4 Apakah perbezaan antara kedua meja tersebut?



3.      Kemudian, bina sebuah meja kecil dengan menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan. Meja itu mestilah stabil untuk menampung beban.
4.      Akhir sekali, uji meja anda dengan meletakkan beban di atasnya. 


5.      Perhatikan sama ada ia mampu untuk menampung beban atau tidak.





Apa Yang Berlaku?

Kestabilan sesuatu objek dipengaruhi oleh ketinggian dan keluasan tapak.
Semakin besar keluasan tapak sesuatu objek, semakin stabil objek itu.
Objek yang rendah adalah lebih stabil berbanding objek yang tinggi walaupun objek tersebut mempunyai keluasan tapak yang sama.





No comments:

Post a Comment