Monday, 17 September 2012

Eksperimen Sains : Bot Laju



Bahan-bahan:

Sel Kering
Motor elektrik
Wayar
Gunting
Kadbod
Pita pelekat
Pemutar skru
Suis
Pemegang bateri
Pemotong wayar
Pita PVC




Cara-cara:




1. Bina rangka bot menggunakan kadbod mengikut kreativiti masing-masing.
2. Sambungkan wayar pada motor elektrik.
3. Kemudian sambungkan wayar kepada suis.
4. Letakkan sel kering ke dalam pemegang bateri.
5. Sambungkan wayar merah dengan motor elektrik dan wayar hitam dengan suis.
6. Uji litar dengan menekan suis. Motor elektrik membantu bot untuk bergerak ke depan.
7. Gunakan kadbod yang berlebihan untuk membuat kipas pada bot. 
8. Kipas tersebut akan disambungkan pada motor yang akan diletakkan pada bahagian belakang rangka bot. 
    9. Uji bot anda di atas permukaan air.

Contoh-contoh bot








Apa Yang Berlaku?

1.      Tenaga elektrik

·   Litar elektrik terdiri daripada wayar, sumber tenaga (bateri), dan komponen lain seperti suis dan motor elektrik.
·   Untuk mencipta sebuah bot, komponen elektrik  yang terlibat ialah sel kering, wayar, suis dan motor elektrik. Contoh sambungan litar elektrik adalah seperti di bawah:



·     Bateri merupakan sumber tenaga untuk menggerakkan bot. Semakin tinggi nilai voltan bateri, semakin laju bot itu akan bergerak.




2. Keseimbangan

·   Keseimbangan ialah keupayaan sesuatu objek untuk mengekalkan pusat graviti.
·   Berdasarkan rajah di bawah, bot manakah yang paling stabil?







3 .      Tenaga

  • Tenaga boleh bertukar kepada bentuk lain tetapi jumlah tenaga tetap sama.
Perubahan tenaga adalah seperti berikut:


                  Tenaga kimia         Tenaga elektrik          Tenaga kinetik



No comments:

Post a Comment