Kalsium
karbonat adalah bahan utama didalam kulit telur – ia sama saperti kapur, batu
kapur, stalaktit, cangkerang, batu karang dan mutiara. Kulit telur mengandungi 95% kalsium karbonat
dan baki 5% terdiri daripada kalsium fosfat, magnesium karbonat dan protein.
Bahan-bahan
·
Telur
·
Batu
karang
·
Cuka
·
Gelas
(2)
Cara-cara
1. Isikan kedua-dua
gelas dengan cuka pada paras ¾ penuh.
2. Letakkan sebiji
telur dan seketul batu karang ke dalam kedua-dua gelas yang mengandungi cuka
secara berasingan.
3. Perhatikan apa yang
berlaku.
4. Biarkan batu karang
dan cuka terendam untuk beberapa hari.
Soalan:
·
Apakah
persamaan antara telur dengan batu karang?
·
Bagaimanakah
kita kaitkan telur dan batu karang dengan asidifikasi lautan?
·
Adakah
asidifikasi lautan akan berlaku?
Apa Yang Berlaku
1. Kulit telur dan
batu karang kelihatan diselaputi dengan buih apabila ia dimasukkan ke dalam
cuka. Buih-buih tersebut adalah gas
karbon dioksida yang terhasil apabila kulit telur dan batu karang melarut.
2. Selepas sejam,
mendapan kelihatan pada gelas yang mengandungi batu karang. Telur pula kehilangan kulitnya selepas 24 jam,
meninggalkan selaput putih yang mengandungi telur kuning dan telur putih.
2 CH3COOH + CaCO3 --> H2O + CO2 + Ca(CH3COO)2
cuka kalsium kalsium asitat
karbonat
3. Fungsi cangkerang
ialah melindungi organisma marin dan darat.
Tahap keasidan lautan akan berubah akibat dari peningkatan karbon
dioksida dan ini akan memberi kesan pada ekosistem marin yang bergantung pada
kalsium karbonat untuk membentuk cangkerang.
4. Dalam situasi kajian
di mana tahap karbon dioksida sangat tinggi, cangkerang organisma akan larut. Jika organisma-organisma tidak mampu
membentuk atau membaiki cangkerangnya, mereka akan pupus.
5. Walau bagaimana
pun, keadaan ini tidak berlaku pada semua organisma kerana ada yang berupaya
membentuk cangkerang yang lebih tebal jika keadaan bertambah asidik. Ini
disebabkan kemampuan/kebolehan sejumlah organisma tersebut beradaptasi dengan
cepat. Ada juga yang meniggalkan persekitaran tersebut jika tidak mampu beradaptasi.
No comments:
Post a Comment