Tuesday, 4 September 2012

Eksperimen Sains: Biologi Dalam Botol

BIOLOGI DALAM BOTOL


Bahan-bahan:
Botol plastik
Pisau
Gunting
Air
Tanah
Tali kapas
Anak pokok

Cara-cara:
1.      Potong botol plastik kepada 1/3 bahagian.
2.      Kemudian, buat lubang pada penutup botol.
3.      Ambil tali dan masukkan menerusi  lubang pada penutup botol.
4.      Letak sedikit air ke dalam botol tersebut.
5.      Kemudian, letakkan tanah dan anak pokok di dalam sebahagian botol yang berada di bahagian atas. Pastikan tali menyentuh air.
6.      Siram pokok dengan air setiap hari.
7.      Selepas beberapa minggu, buat pemerhatian terhadap anak pokok yang ditanam dengan menggunakan kaedah biologi dalam botol.



Apa Yang Berlaku?
Bagaimana anak pokok mendapat air?
1.      Air naik ke atas melalui tali kapas. Hal ini demikian, berlaku disebabkan oleh tindakan kapilari.
2.      Ia pasti akan diserap oleh tumbuhan.
3.      Tali kapas tersebut bertindak sebagai penyerap air dan mineral. Oleh yang sedemikian, pokok tersebut akan dapat air dan mineral yang secukupnya.
4.      Jika tali kapas tersebut digantikan dengan jenis tali yang lain, maka pokok akan kehilangan nutrien dan akan mati.
 

No comments:

Post a Comment