Thursday, 20 December 2012

Eksperimen Sains : Pulanglah




Tahukah anda bahawa pameran terbaru Sultan of Science telah dibuka kepada semua? 
Bersempena dengan pameran ini, kami ingin kongsikan bersama exkperimen - eksperimen sains yang boleh dibuat di rumah. Diharap ia boleh mengisi masa lapang anda di musim cuti sekolah ini. Selamat Mencuba!


Aerodinamik memainkan peranan penting dalam penerbangan. Apa sahaja yang bergerak melalui udara bertindak balas kepada aerodinamik. Ia juga berkenaan pergerakan udara  disekeliling sesuatu benda.  Roket yang dilepaskan dari pad pelancaran dan layang-layang di udara bertindak balas secara aerodinamik. Ia juga bertindak ke atas semua bentuk kenderaan.












Bahan-bahan
·         Kad manila
·         Gunting
·         Pensel
·         Pita pelekat dua muka


Cara-cara

1.      Gunting 2 jalur kadbod berukuran 20 sm x 2 sm.
2.      Lekatkan dua jalur secara silang-menyilang dengan pita pelekat dua muka.
3.      Pegang satu sayap bumerang di antara ibu jari dan jari telunjuk.
4.      Tegakkan bumerang tetapi condong 30°  keluar.  Berikan gerakan berputar ke bumerang sambil melempar ia lurus ke hadapan.
5.      Tangkap bumerang dengan memerangkapnya di antara tapak tangan apabila ia terbang kembali.

Soalan:
Apa akan berlaku jika bumerang dilempar secara melintang?




Apa Yang Berlaku?

1.      Bumerang terbang lurus keluar untuk beberapa kaki dan mengelilingi kembali.
2.      Sekiranya sekeping kayu lurus yang sama saiz dengan bumerang dilempar, ia akan bergerak dalam satu arah, berputar dari hujung ke hujung sehingga graviti menarik ia ke tanah.
3.      Bumerang berbentuk pisang  adalah seperti dua sayap kapal terbang yang dicantum menjadi satu unit. Ini adalah kunci kepada laluan penerbangannya yang ganjil.
4.      Lebih banyak sayap bermakna lebih daya tujahan.  Ini mengakibatkan bumerang berpusing dalam bulatan yang sangat terhad.
5.      Sayap yang berputar akan menghasilkan daya yang tidak seimbang, daya tujahan, yang akan menyebabkan bumerang berpusing.
6.      Sambil berpusing ia akan menjadi lebih mendatar supaya ia boleh berputar secara melintang.
7.      Ini adalah titik tertinggi trajektori.  Bumerang akan perlahan-lahan jatuh dan berputar kembali kepada pemain.



Trivia
Image courtesy of: abna.ir

Abbas ibn Firnas, seorang penyair Islam, ahli astronomi, pemuzik dan jurutera yang pernah melompat dari menara Masjidil Besar di Cordoba dengan menggunakan jubah yang disokong dengan tetulang kayu dalam tahun 852. Beliau gagal tetapi jubah tersebut berjaya  memperlahankan jatuhannya. Tiga tahun kemudian pada umur 70 tahun, beliau telah melompat dari gunung dengan mesin yang dikemaskini dengan sutera dan bulu helang. Beliau juga telah berjaya terbang selama sepuluh minit sebelum jatuh terhempas ke bumi. Lapangan terbang antarabangsa Baghdad dan kawah di bulan diberi nama sempena beliau.




Kit Sains yang kami syorkan







Price : RM 9.90
 
Available at XPLORASI - Petrosains Gift Shop, Level 4, Suria KLCC











Price : RM 4.90
 
Available at XPLORASI - Petrosains Gift Shop, Level 4, Suria KLCC












 

 
 



Price : RM 36.90
  
Available at XPLORASI - Petrosains Gift Shop, Level 4, Suria KLCC

















Price : RM 3.90
 
Available at XPLORASI - Petrosains Gift Shop, Level 4, Suria KLCC